14 April 2011

FirstTime Camping

 Jumaat lepas , saya pergi Camping kat sekolah dengan kawan - kawan saya . Kitorang start Camping pukul 4 : 00 tepat . Okay , banat sekalian beratur dekat tempat permulaan tepat pada masanya . Dan banin sekalian hampir tepat , tetapi alangkah gembiranya banat , banin didenda kerana lewat beratur di tempat permulaan . Kitorang firstfirst mendengar Tazkirah yang tak begitu panjang . Lepastu , kitorang ambil barang - barang perkhemahan dalam makmal . Lepas dah ambil barang - barang perkhemahan , kitorang diarahkan untuk tegakkan khemah dalam masa 20 minit sahaja . Banat 1 seksyen 3 khemah manakala banin 1 seksyen 2 khemah . Kesemua seksyen berjumlah 7 seksyen sahaja , tak payah lah banyak - banyak nak buat apa kan ? bukan nya ada beribu - ribu orang pun yang masuk darjah 4 . Saya seksyen yang terakhir sekali iaitu seksyen 47 . Saya sebenarnya khemah B , tapi disebabkan kekurangan orang , saya dipindahkan di khemah C .

 Kitorang punya khemah yang first sekali siap tau , hebat tak ? HAHA , lepas kitorang siap tegakkan khemah kitorang , kitorang pun adalah tolong sikit tegakkan khemah diorang . Okay , dah siap semua tu , kitorang pun kena berkawad . Tapi sekejap jea , lepas kawad kitorang pun Solat Asar ( taktahu lah betul ke tak , tak ingat sangat :D ) Pastu , kitorang pun kena masak untuk makan malam selama 40 minit sahaja . Saya masak sardin jea , tak berani masak nasi takut hangus , maklumlah tak pernah masak nasi , HAHA . Sementara kitorang masak , hujan pun turun . Tapi , ada satu masalah iaitu , khemah kitorang tak tutup lagi ! saya dan Yasmin Suraya pun segera mencari plastik di dalam khemah , saya dan Yasmin Suraya mengorbankan seorang satu plastik demi kebaikan khemah kitorang . Tetapi , ada satu kejadian yang menyebabkan saya menjadi singa , seksyen 46 , 3 ekor budak tahap 1 berani robohkan khemah diorang . Bermulalah keganasan saya iaitu menjerit sekuat hati sehinggalah diorang mengaku yang diorang robohkan khemah seksyen 46 .

Akhirnya , diorang pun bersalah kerana robohkan khemah seksyen 46 . Okay , hujan pun turun dengan lebat . Saya dan yasmin Suraya pun segera pergi ke tempat dimana kami memasak tadi . Lepas diorang habis memasak , kitorang pun makan malam , tapi ada rasa hangushangus sikitlah , HAHA . Lepastu , kitorang pun diberikan masa untuk mengemaskan khemah masing - masing . So , kitorang pun baliklah dekat khemah kitorang ,   Fatini pun bukalah zip khemah kitorang . Buka - buka jea , macam ZOO pun ada ! Tapi , ada sebab nya . Sebab , waktu nak kawad uh , Mualim Baihaqi dah marah - marah dah , kitorang pun baling jea lah sume barang dalam khemah , takut kena denda :D nak buat macam mana , terpaksa . Kitorang membuat keputusan untuk bergotong - royong khemah kitorang . Okay , lepas dah bersihkan kitorang tengok macam bilik HOTEL pun ada ! Haha , lepastu kitorang pun pergilah Solat Maghrib dan baca Al - Ma'thurat .

Lepas dah habis , kitorang Solat Isyak pulak . Masa untuk persembahan pulak , Seksyen 47 patutnya dapat No. 1 , tapi dapat No. 2 -_- sebab semua pelakun lambat masuk , so , tak jadi sangatlah .Persembahan pun habis .Okay , kitorang pun makan Biskut dan minum Air Teh O Panas . Lepas tu , kitorang pun ada Tiamulai . Semua orang menangis termasuk saya . Tapi adalah beberapa orang yang tak menangis , Control Feeling katanya -.- Okay , semua orang dah puas menangis , Time For Bed pulak , kitorang pun pergi lah gosok gigi sebelum tidur . pukul 12 : 00 malam semua orang kena tidur , tapi semua orang tak tidur , HAHA . Saya dan kawan sekhemah saya ribut nak kemas beg bagi ruang untuk tidur . Lepas dah kemas , kitorang pun tidur . Tetapi , saya dan Ijlah tak boleh tidur sebab , ada 2 lagi kawan kitorang yang NGOROK waktu tidur . Kalau nak tahu , nanti tanya saya yaa .

So , kitorang pun membuat keputusan untuk mengambil tisu dan menyumbatkannya kedalam telinga , itu Idea yang teramatlah Gila ! Kitorang pun menyesal , nanti orang fikir kita ni Gila . So , kitorang makan biskut senyapsenyap dalam khemah . HAHA ! Yang paling memalukan , banin pernah lalu dekat kawasan khemah banat . Euwwww !  Lepastu , dah lah banin main lampu suluh . Diorang suluhsuluh dekat khemah banat tuut amek kau !  Okay , Mualimmah Atiqah pun dah marah semua orang dah senyap . Sunyii jea gelanggang . Tapi adalah gelak senyapsenyap Joking katanya -.- dah pukul 4 : 30 pagi , semua orang pun bangun . kitorang ambil telekung dan Al - Ma' thurat pergi dewan . Dah habis  Solat subuh , kitorang pun bacalah Al - Ma'thurat , ramai asyik tidurbanguntidurbanguntidurbangun .

HAHA , kitorang diarahkan untuk menukar baju TKRS selama 5 minit sahaja , semua orang kelam kabut ambil baju TKRS . Dah tukar , kitorang pun kawad lagi sekali , firstfirst , kitorang buat senaman supaya badan segar dan tidak ngantuk . And Then , kitorang pun buat Based . Dah habis kawad , kitorang pun masak untuk sarapan pagi . Kitorang buat roti sardin dan Air Milo . Lepastu , kitorang ada Explorers . Bab ni yang paling saya suka :D Kitorang kenalah tunggu giliran . Dah giliran seksyen 47 . First , kitorang kena lalu bawah meja kantin dan minum air masin , masam & pahit . Lepastu kitorang kena apa nama dia alaa , yang kena jalan tiga orang sama - sama tu kan ? Hope korang faham lah kan . Okay , main tepung pulak wohooo ! HAHA , kitorang kena cari gula dalam tepung :D best . kitorang kena jawab soalan Mathematics . Ada 1 salah OMG , kena jawab soalan Apakah Nama Timbalan Guru Besar SRIAAG ?

Rahsialah apa yang berlaku tu . Mana boleh tahu . Lepastu , kitorang kena apa nama dia , alaa , yang dia kena jalan tiga orang sama - sama tu . Hope korang faham :D . Kitorang kena pergi ICT pulak . kitorang kena jawab soalan Bahasa  Arab . Fiuuhh , nasib baik semua betul . Yeaay ! Bab yang paling aku suka !! Kitorang kena pergi belakang surau . Dah nampak Seksyen 41 baju diorang kena lumpur . Diorang kata Selamat Bergembira dengan Lumpur ! -.- kitorang pun rasa geli . Okay , kitorang kena siapkan 3 ikatan dalam masa 30 saat . Tetapi alangkah malangnya tak siap :( masa untuk diseksa . Kitorang kena meniarap dekat lumpur tanpa kena tali diatas badan . Lepas semua orang dah kena meniarap atas Lumpur , Mualimmah suruh kitorang sapu Lumpur dekat muka kitorang , bwelk ! menggelikan .

Kitorang pun kenalah tunggu dekat pondok jaga semua Seksyen dah habis . Ada yang dekat dalam kasutnya ada berudu yang sudah mati ! nak pengsan aku . Nasib baik kasut saya tak ada , Fiuuhh . Lepastu , kitorang kena robohkan khemah masing - masing . Okay , masa untuk membersihkan diri masing - masing . Ada yang membersihkan diri dengan menggunakan paip . Sebab , orang yang membersihkan diri dalam bilik tandas tuu , lama gila . Ingat tu dekat rumah dia ke apa ? Dah habis mandi , kena ambil beg dekat bulatan . Kitorang baca Do'a dan meluruskan barisan  . And tamatlah sudah Camping kami .

Okay , saya kena makan tengahari dulu . BYE !

No comments:

Post a Comment