25 July 2012

Just Readlah


Assalamualaikum

Sabtu ni batch kitorang ada motivasi, time puasa laktu. Fuuhh dari 8:00 am- 5:00 pm tu beb. Harap-harap tak bosan. Lepas motivasi rasanya, nak datang dekat majlis berbuka puasa dekat sekolah sebab ada Imam dari Gaza, Palestin. Tahu tak bukan senang tau nak pergi sini. And ada Imam muda AlHafiz apatah tak hafal, jap lagi tengok balik. Tapi masalah nya daripada UniKL nak pergi sekolah tu nak naik apa, tak kan jalan kaki kot -.- Hrrmm, tapi nak pergi jugak ! 

Tadi time kelas Bahasa Arab, kitorang kena buat kerja, boleh bincang. Lepastu aku dengan Iqa menghadaplah belakang nak cakap - cakap dengan Ecah & Jlah. Lepas pusing belakang tu, Ecah ajak main Seruling. Kitorang pun main lah seruling..... suddenly, Ustaz pergi cek satu meja satu meja nak tengok kerja, aku dengan Ecah kelam kabut nak buat, tapi malangnya tak sempat hihi kantoi jugak. Aku dengan Ecah tengah buat kerja Bahasa Arab, Iqa ngn Jlah main SOS. Hahaha lawak je. Lepas aku dengan Ecah dah siap Bahasa Arab, kitorang sambung main ! Lol memang bising lah kelas kitorang tadi, semua main. 

Hrmm, nak pergi S&J .... nak beli buku nota, buku nota dekat situ semua comel comel. Rasa nak cilok je semuaa, barang barang dekat situ semua besst and cumils cumils.


K dah ngantuukk. Bye, Selamat Berbuka Puasa #LagiDuaJam. saja wish aweel. Wslm :)

24 July 2012

nom nom nom


Assalamualaikum

Haaahhh, dah lama tak update blogger. Setelah sebulan setengah. There were so many memories came in my life. Oh yah, umrah haritu best! Syukur sangat dapat tengok Kaabah depan mata :') Walaupun tak celebrate birthday dengan family, tapi Alhamdulillah dapat celebrate dekat Makkah, depan Kaabah dengan doa yang panjang. Dekat madinah kitorang pergi kubur syuhada' syuhada' yang mati syahid. Bila bau je dekat dalam .... woaah taktahu nak cakap wangi macam mana. Memang wangi sangat. Macam biasa, mestilah ada ujian yang aku dah lalui dekat sana. Kepanasan, keletihan. Temperature dekat sana bulan lepas time aku pergi tu, 50c tau. Muka memang taktahan sampai bibir pun dah kering sampai berdarah.

Hari kokurikulum haritu penat, tapi best! Dapat luangkan banyak masa dengan kawan kawan :) Kena buat pameran, time datang pagi pagi sebelum start, masuk je dalam tempat pameran ... Astaghfirllah, rasa macam nak bunuh diri pun ada -.- Semuanya berterabur, buat penat je susun sehari sebelum pameran. Nak buat macam mana, pagi tu tiga orang termasuk aku je yang baru datang. Kenalah betulkan balik semua benda. And pada haritu jugak aku demam sebab penat sangat. Fuuhhh, time ada pertandingan futsal, sodap gilo tido kat kantin tanpa gangguan. Hihi, yang lain semua dok menjerit sokong pasukan futsal.

Camping? Best! Memang asyik masuk sungai seharian. Huhu kena angkat orang lah, lintas air sungai deraslah, kasut hilang pun ada. Tapi Alhamdulillah, aku takde pape yang hilang. Yang paling best kena jalan dekat tali, dekat bawah tu ada sungai dengan celop dalam lumpur hahaha. Ada sorang group aku terjatuh, lepastuh tercelop semua badan dia dalam lumpur, memang busuklah semua orang. Last last semua terjun dalam sungai nak bersihkan badan. Bila cikgu kitorang suruh naik nak solat Maghrib, memang diorang susah sangat nak berpisah dengan sungai tu haha. Memang best gila, rindu semua kenangan tuu :'(

Harini pulak puasa, dah masuk hari keempat daah. Alhamdulillah :) Tak apa, lagi setengah jam nak berbukaa. Tadi pergi giant, nampak budak beli aiskrim .... fuuuhhh sodap lah! Astaghfirllah, sabar jelaah. Takpe, aku budak baik :D #PerasanNakMampussss. Lepas berbuka, nak solat tarawihh. Hope jumpa Iqaa :)

Okaylah, dah penat nak typing. Tapi sebenarnya masih rajin tapi malas. Hebat en? I know i know. Haha bye . Assalamualaikum :)



25 May 2012

Story Again


Assalamualaikum

Hola! haha tujuan aku bukak blogger malam ni sebab esok tak boleh bukak because esok aku tak ada dekat bandar. Esok aku dekat hutan. hohohohoh. okay macam tak pernah pergi je, padahal tahun lepas dah pergi. Harap-harap lagi best dari dulu. sebab esok dengar cite nak mandi dekat waterfall lepas junggle tracking. best! Beg aku takde lah berat and besar sangat. Normal je. Perjalanan dahnak dekat sejam.. Mesti tak tidur dalam bas, asyik gelak-gelak je macam tahun lepas. Haha lawak je melumba dengan bas lain.

Al-maklumlah, aku dah tak lama dekat Malaysia, so aku ambil kesempatan nak post bebanyak dekat blogger. nanti korang bacalah berjuta kali selama dua minggu. lol. Tadi awkward, ada budak yang tidak dikenali call aku, 

Me: Hello?
TheBudak: Hello
TheBudak: Esok pakai baju apa?
Me: Ni siapa? //aku tak jawab pun soalan budak tu, jahat kan? haha
TheBudak: Anis
Me: Anis mana pulak ni?
TheBudak: Anislah
Me: Ha?
TheBudak: Takpelah, salah nombor kot.
Me: Esok pakai baju kawad.
TheBudak: Ok.
Me: Bye
TheBudak: Bye. 
Me: *end call*

Lepastu aku macam weirdlah sebab suara dia bukan macam perempuan sebab garau, aku pun message dia, ni .... ke? lepastu dia bagitahu nama dia. Aku macam O.O tak sangka budak tu yang call aku. haha okay aku saja je post, senanyer tak penting langsung and korang bukannya faham pun siapa kalau aku bagitahu, cuma budak sekolahaku je yang kenal.

Okay, doakan kejayaan aku esok pergi hutan untuk kali kedua, doakan aku selamat sampai dekat sana. harap-harap lebih adventure hohoh.
Bai nak sleep, nanti esok ngantukk.. goodbye for two days. Wslm :))

24 May 2012

Umrah


Assalamualaikum

Okay esok last day sekolah and sabtu & ahad Camping, next week hari ahad InsyaAllah akan pergi ketempat ni :) Alhamdulillah, akhirnya, dapat juga buat Umrah dekat tempat suci yang aku idamkan selama ini, selalunya aku selalu dengar kawan aku pergi sana buat Umrah, dapat solat hajat, solat taubat, macam-macam lah. Tapi sekarang aku pulak yang menikmati keindahan rumah Allah :) Happy tu memang lah happy tapi takut sebab ramai sangat orang kat sana, macam haji. Dalah sekarang panas. Woahh kena be strong nih. haha

Doakan aku supaya dapat selamat sampai ke tanah suci Makkah
Tu je, Wslm :)

HOHOH

Assalamualaikum

haha tahukan gambar ni? ni gambar misai yang aku selalu lukis dalam kelas dan dimana sahaja. Dalam pencilbox aku penuh dengan lukisan ni. Tapi lawak, kawan-kawan aku selalu main dengan benda ni, even plaster pun diorang suruh aku lukis lepastu diorang lekat dekat bawah hidung, kreatifkan diorang? haha aku sendiri pun tak terfikir macam tu. 

Dulu, aku fikir kawan aku sorang je, iaitu kawan baik aku, Izzah Kamilah. Tapi sekarang, hidup aku berubah, dikelilingi oleh kawan-kawan aku yang setia berada disisi aku, aku tak pernah rasa keseorangan. Mesti ada je yang buat aku happy. Setiap hari aku gelak, especially dengan Iqa. dia selalu buat lawak walaupun dengan muka je. haha pelawak mithali XD kawan baik aku yang first sekali buat aku happy ialah Maryam dengan Farah. Diorang dulu time darjah 3 mmg suka gelak especially farah. okay asal aku cakap pasal gelak pulak ni? gelak tak habis habis -.-

Sebenarnya aku boring, taktahu nak buat apa, tapi jari aku ni rajin sangat nak menaip, al-maklumlah, baru lepas habis exam kannn, so rasa macam free sikit :)

Okay tu je, wslm :)

Stories


Assalamualaikum, guess what? Saya happy sangat sebab tadi kitorang dah tamatkan last paper! Lepas kertas dah kena ambil, diorang semua happy sampai menjerit-jerit haha.

And tadi dalam bilik guru time tengah buat re-test, budak yang paling yang sangat yang teramat aku benci masuk dalam bilik guru and nak ambil barang dekat bawah meja tempat yang aku duduk tu jugak! Muka aku time tu cam apa pun aku taktahu laa, tapi aku memang geraam sangat time tu, tapi aku tahan je.. taklama, aku dah taktahan, tolak kerusi tu kuat-kuat. Dia pun terperanjat, padan muka. jahat kan? aku tahu. haha

Harini birthday kawan baik aku, HappyBirthday ! Semoga panjang umur dan disayangi Allah :) 


Okay itu je, wslm :)

21 May 2012

Iqa ForYou

Assalamualaikum :)








yer, mmg ada dua gambar yang sama. tapi satu ada tulisan satu tak, iqa boleh choose mana satu. :)